Wednesday, November 21, 2012

Hati Sang Cinta

             Kali ney namo bercerita, cuma nak idup dalam dunia belog aku sahaja. Bole tak kalo dalam seminggu aku x bertwitter, berfacebook bagai..nak jauh dari mende2 alah tue..

             Sabarla wahai hati..hati kita, hanya kita yang mampu menjaganya..bukan orang laen walaupon yang teramat dekat dengan dengan kita. Hati, nape ko sangat keras..???? salah aku ke bila aku bertindak macam orang yang x de perasaan.. tapi hati tak salah...sebab hati dah terlalu keras menerima kesalahan orang laen. Hati kini dah tiada perasaan, kepercayaan kepada orang laen. Aku x bole menolak pe kata hati n ape yang hati aku rasa sebab hati tertanam jauh dalam jasadku sendiri.

            Aku x bole nak meminta maaf pe tah lagi tuk mengaku, meluahkan pe yang aku rasa sebab hati telah mematikan keinginan ku sendiri. Aku perlu memilih di antara hati mahupun cinta kerana hati akan kekal bersamaku sehingga ke akhir hayat tetapi cinta x sekekal dan sesetia hati yang berada di dalam jasadku. Maafkan aku wahai cinta, tanpa hati cinta tak kan bole hidup..hati wujud disebabkan cinta, hati sakit disebabkan cinta dan hati mati disebabkan cinta.

           Hati melepaskan cinta agar cinta boleh mencari hati yang baru untuk d'dampinginya. Semoga cinta tidak sakit pabila bersama dengan hati yang baru seperti mana cinta telah sakit pabila bersama dengan hati yang lama. Cinta mungkin akan membenci hati yang lama tetapi hati tidak akan pernah membenci sang cinta. Hati telah ilang rasa dan perasaan dan tak mungkin boleh membahagiakan sang cinta. Cinta yang suci akan tahu menilai isi hati yang sebenarya tanpa melihat secara luaran.

          Hati melepaskan sang cinta pergi mencari hati yang baru. Maafkan hati wahai cinta, sesungguhnya hati tersangat menyayangi sang cinta tetapi keadaan hati yang sering kesakitan tak mungkin akan menerima sang cinta dengan begitu mudah. Hati juga tidak sanggup untuk melihat sang cinta merana. Carilah penganti hati yang baru agar sang cinta mendapat kebahgiaan lebih dari sekarang. Hati hanya mampu melihat dari jauh agar ia tidak disakiti lagi.

p/s : the true love will found a pure heart <3<3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...