MY CEC!TER

        
  KISAH RUMAH SEWA SERAM RM50 DI SHAH ALAM....

           Siot je kan dgr tjuk nie hu3..kalo u oal nk tau..d'sebabkan aku t'bce cter nie la aku x leh tido smpe ke pg n t'pkse tido b'cahaya kan sinaran lampu tau x hu3..dh la aku nie lemah semangat..(kalo ko dh tau lemah semangat nape ko bce shu oiiii...????)..ha3..padan mke aku...actually aku x sengaje t'bce kisah nie..mse tu aku tggu member aku si hanim(ex-classmate mse skull dlu) tuk chatting kt fb..sambil2 tur aku bukak la blog nie juz nk tgk2..last2 aku t'nmpak tjuk yg dh bpe ary aku tgk tp x trase pon nk bce..ntah npe tetbe tanggal 23/2/11 (semalam) aku tringin lak nk bce hu3..mle2 bce mmg best sbb cm lawak..lme2 mmg b'tmbah siot+sial x gne r hu3..sbb cter dier m'galahkan cter jgn pndang belakang+ngangkung+nan nak n mne2 cter anto laen yg penah d'tayangkan d pawagam M'sia hee~

         Tapi d'sbbkan cter nie aku ase menarik, so aku beranikan dri gak copy dr blog org yg aku bce tur tuk korang lak bce ha3..mne aci kan kalo aku sowang je yg tkut...cter nie aku ase btoi coz rmai student uitm yg komen ckp wujud umah tu n cter nie mmg dh lme fames d kalangan student2 uitm shah alam..so korang bce jela ek..btoi ur x aku x sure la hu3...


Masa di ITM dulu memang kami tahu fasal rumah berhantu ni...sewanya murah, tapi kami tak pernah nampak ada orang sewa rumah tu..lokasinya betul-betul dekat dengan Wet World. Kami selalu berjalan kaki dari seksyen 2, melalui Wet World tersebut. Tapi kami tidak pernah mengetahui ‘kekerasan’ tempat tersebut

Rasanya sampai sekarang pun tak ada orang tinggal..
_______________________________________________

TRUE STORY?

Huhuhuhu seram juga cerita nih.

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.

  • Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]
  • Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...
  • Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.
Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.

Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.

Malam tu kami kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan DVD dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah. Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.



Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310



        AkUnAkCaKaPjUgAk : actually tim aku tulis&copy cter nie kul 1.30 a.m b'samaan 24/2/11 (mlm jumaat) dan ketahuilah bahawa aku mmg seram gler hu3..selamat la cat aku de teman kt sblh nie hu3..


Cerita d'bwh smue d'copy tuk bacaan umum..aku x tau la nie kisah benar ur x tp tujuan aku juz tuk bacaan umum je k..selamat m'bce hee~

Baca lah Doa Masuk Tandas!! hati2 

 

Sebuah kisah benar yg terjadi dan tak dpt dilupakan oleh penulis sepanjang hidupnya!
Pesanannya, Hati2lah bila masok ka tandas dan pandang sekeliling dan baca doa masuk tandas supaya anda tidak mengalami apa yg beliau alami.

Malam itu, malam Jumaat. Kebanyakkan anggota polis dan penyiasat-penyiasat semua dah balik ke rumah, ada yang keluar makan, ada pulak yang sedang melakukan rondaan atau serbuan di tempat-tempat yang hangat disarangkan jenayah.

Aku baru jer balik dari rumah mayat SGH utk mengenal pasti satu mayat yg menurut doktor rumah mayat, adalah Lim Ah Bee, seorang pemandu teksi, yang dilaporkan hilang 7 hari lepas. Memang betul tu lah dia, menurut gambar-gambar yang diberikan oleh ahli keluarganya, yg melaporkan kehilangan Ah Bee kelmarin. Badanku berlengas peluh dan bau busuk dari bilik mayat. Setibanya dipejabat, aku mencapai tuala dan sabun, menukar kasut, dan menuju ke arah bilik mandi. Jam di dinding menunjukkan pukul 12:20 malam. "Apa lah nasibku ini," aku mengeluh...

Baru semalam shif pagi, dan hari ini hari cuti aku. Tapi terpaksa bekerja juga. Sgt Hilal terpaksa mengambil cuti tergempar kerana bapanya sakit teruk. Takpelah hari ni hari dia. Besok mungkin hari ku pulak.

Sampai jer di bilik air, aku terus menuju ke kamar mandi. Seluruh bilik air tu kosong, sebab hanya 3 orang jer yg bertugas malam tu. Kedua-dua rakan sekerja yg bertugas keluar menghadiri kes. Aku pun melucutkan pakaianku, terus membuka air panas dan membiarkan air itu menbasahi seluruh rambut dan badanku...

Tiba-tiba, terdengar bunyi yang aneh, "Pssssttttt."

Mula mula, aku fikir salah seorang dari kedua rakanku itu dah balik ke stesyen dan ada di kamar mandi.

Aku pun menjerit "Bala, kau ke tu ?" tapi tak ada jawapan.

Aku pun sambung menggosok gosok sabun ke seluruh badanku. Kurang dari 3 minit kemudian, bunyi tu ada lagi " Psssssssttttt". Tetapi kini, diikuti dengan bau wangi, seperti bunga mawar. Dentuman hatiku terus pantas, dan perasaan takut menyelubungi ku. Aku pun bergegas mengosokan sabun yang masih ada di tubuhku, ambil tuala dan mengelap seluruh tubuh. Setelah menyarung seluar, aku mencapai baju dan terus membuka pintu.

Tiba-tiba, didepan muka ku, bunyi itu datang lagi, kini lebih kuat "PSSSSTTTTTT" ............ diiringi bau wangi yg menusuk hidungku...

Aku terpaku, tidak bergerak seketika... Lepas tu barulah aku pandang ke atas.....


***PERHATIAN!!!
Pada sesiapa yg lemah semangat, harap hentikan membaca sampai disini jer, kerana kejadian ini memang benar2 berlaku.

Sila scroll ke bawah...

> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>

Lalu aku tertawa sendiri...
"Cilaka punya perfume dispenser" buat suspend jerrrrrrrr...

Hahaha.. sori geng.. aku terpaksa masukkan dalam ruangan ni, sebab kalau kat ruangan lawak, dah tak suspen dari mula2.. tentu korang tau citer lawak.. ni lawak seram tau.. hehehehehe

KISAH KAKI PANCING

 

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan. 

 

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar. tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis. 

 

 Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni. Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk. Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar. hehehe...

 

Rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam. Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..



KISAH PEMANDU LEWAT MALAM 

 

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja. 

 

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. 

 

Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu… ” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu… Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… 

 

Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya… Dia pun beranikan diri dan bertanya… ”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni?? ”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu”

 

Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”tanya lelaki tu lagi.”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”” Ehh takkan sampai seram… ”“Pakai aje le Breeze colour baru!!!” Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje… .. Wassalam…



KATIL MAUT


Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik..Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...


Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur... Beberapa doctor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus..


Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba... ... Pintu bilik ICU itu terbuka... . Kemudian masuklah Makcik Bedah... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat..Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut... soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan.. vacuum cleanernya...

CERITA MALAM RAYA 

Pejam celik, pejam celik je dah nak  raya. Dah lama aku tak balik kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku  sambung belajar ke luar negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung,  jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar  berita. Apa cerita Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti  dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu  masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar… lupa kawan! Raiz senyum sendirian.  Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang  terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan  kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek  kampung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz ‘nerd’! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi ‘bodyguard’nya. Tapi sejak belajar di luar  negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti  terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi  berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung  di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu.
Raiz menghampiri.  Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut.

“Wey!  Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi  jalan malam-malam camni?” Razi bersuara sambil memeluk Naim  yang terkekeh-kekeh ketawa. “Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?” Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. “Biasa la! zaman bersedar, manusia pun  kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?” Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma  tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah.. Ada  perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit  tempang. “Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau  ni macam ada masalah je…” tegur Raiz. Naim kelihatan murung.

 ”Aku  memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?” Naim mengubah topik.
 ”Cadangnya gitulah!”
 ” Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah  lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak  jumpa kau!” pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz  mengikut sahaja.
 ”Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik  la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!” kata Raiz dalam hati.
“Eh?  Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati  suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita  minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.

 ”Inilah! nasib aku malang betul  Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit,  aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat  kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja  mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!” Terkejut Raiz  mendengar cerita Naim.

 ”Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau,  takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak  imam je!” Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang  lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang  .

 ”Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada  tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu  tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang  je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah  ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum  ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!”

Suara Naim sedikit  tinggi.
“Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau  susah sampai macam tu sekali!” Raiz menyuarakan rasa bersalahnya.
Naim cuma  tersenyum.
“Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak  dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah!  rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!”. Naim menyorong gelas berisi teh  sejuk dan sepiring biskut kering.
Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup  Naim!

“Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!” Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. “Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun  bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk  aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung  rambut sampai hujung kaki..Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan.  Raya ni datanglah rumah aku ye!”
Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa.   Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam  nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur..

“Astaghfirullah! Budak ni kat  sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!”
Satu suara kuat menyebabkan Raiz  tersentak dari tidur.Terpisat- pisat Raiz bangun.”Eh? Mak!” terkejut Raiz  lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain.  Berpakaian cantik dan kemas. “Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa?  Dah takde rumah nak balik?” jerkah ayahnya.

“Eh? Kenapa pulak diorang marah  ni?
Raiz memerhatikan sekelilingnya.Tiada gelas berisi teh… tiada biskut  kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu  nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu  nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.

“Eh?  Semalam saya pergi rumah Naim, mak… ayah!
“Kenapa?? Kau tengok… dekat  kubur siapa kau tidur tu!” Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis  pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik.16 September 1975 – 27 Oktober 2003!  Raiz terpelangah.
“Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde,  sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?”
“Budak  ni…bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama  menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada  pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak  ada..”terang ibunya dengan suara pilu.

Raiz tambah terkejut. Terfikirkan  pengalaman malam tadi! ‘bertemu’ arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul  bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam?
Petunjuk apakah yang  Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan  kata-kata arwah malam tadi.

“Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!”
Serta-merta  Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan.  Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah.

“Terima kasih kerana  mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana !


KISAH RUMAH SEWA BUDAK POLY 

         Kali nie aku nak cerita kat korang pasal rumah sewa...bagi budak poli rumah sewa nie memang senonim dah ngan diorg....aku ingat lg kisah nie terjadi masa aku belajar kat poli kawasan aloq setar aku ingat dlm tahun 2005 kot tak salah aku.aku dah tak dapt dok asrama jd aku pon cr umah sewa...sekali kawan sekolah aku dulu dia offer aku duk ngan diorg....takpa la g tengok umah ok ja...mcm umah biasa....kami dok ada dlm lapan org kot.bilik ada tiga...

       Masa aku dok tu tiap mlm aku dengar org dok mandi dlm bilik air..aku wat tak tau la aku dok pikr kawan mandi malm ke.dah lama tu dah biasa la sampai pada satu petang tu aku baru balik dr habis kelas bengkel.biasa la aku amik awam letih tak kira susun bata hari tu..kebiasaan kami bila dekat senja kuar g makan.......aritu aku letih tahap cipan laut jd aku tak g la...aku pon letak pala depan tv pastu aku terlelap sekejap....aku rasa mcm ada org buka pintu depan...aku ingatkan kawan aku balik dah. aku dengar ada org mandi aku pon malaih nak layan..aku tido2 ayam...sekali aku terpikir nape aku tak dengar bunyi moto depa nie haaa...masa tu aku dah mula meremang bulu seangkatan dengan nya....nakbuka mata takut....dlm dok takut tu aku pusing mengadap pitu depan aku tengok pintu tak bukak.....kunci aku pon dok kat pintu tu lg bermakna pintu tu berkunci laa....sekali aku baru nak bagun aku dngar satu suaraa yang agak kasar berkata "woiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii"sergahn tu buat aku melompat terus buka pintu dok kat luar.....meamng sah bukan kawan kau yag mandi td.....
sebab moto sekor pon tak dak......aku pikr mungkin aku mengigau kot...tp aku dah cuak tak berani nak masuk...

      Aku tunggu kat luar dok kat tembok sambil isap rokok dekat tembok depan umah.....lama gak aku dok kat luar sampai kawan2 aku balik.....aku tak cerita benda nie kat diorg...sampai la kami semua dah pindah umah tu baru aku cerita...sekali bila bukak cerita kawan aku sorang demi sorang dah kena cuma tak bukak mulut ja....kawan kawan aku cerita lak kat aku diorg lg kena teruk....dan aku akan cerita lak kat korang pasal diorg nie........


         Aku start ngan member aku incik G(bukan nama sebenar):
mlm tu kami pakat letih semua nak tidoq awal and semau bg cadangan tak mau bukak tv...sebab tu kta sepakat...esok ada yang ada ujian...kami pon tidoq mcm biasa ramai2 kat ruang tamu...member aku si G tidoq dekat ngan bilik air...dia yang paling awal tidoq...siap mengeruh lg...dia cerita kat aku tengah best dok tidoq tau tau dia rasa mcm ada satu benda dok panjat dia dr kaki dia pon bukak la mata...sekali dia nampak kelibat perempuan rambut panjang tengah merangkak dr ujung kaki nak naik atas dia....dia cakp kat aku muka dia pucat...ada kesan darah kat muka dia...siap rwnung mta kawan kau sambil menujukan gig taring nya.....kawan aku nie dah panik pastu nak menjerit dah tak boleh dia cuba baca AL-fatihah dan tutup mata...bila dia buka mata ja benda tu dah ilang....dia kejut kawan aku sebalh  dan ckp dia sesak nafas....kawan aku bagun terus urut belakng dia...si G nie pon tutup mulut dia dan tak bg tau kat kami....esok pg aku tengok muka dia pucat aku tanya dia kata tak dk apa2 lah......

cerita dua:

        Kejadian nie jadi masa kami abis cuti...kawan kau incik j nie dok dekat ja...org aloq setar...jd petang tu dia betolak awal la balik ke umah sewa tu..sampai dekat pukul 7.30 mlm...dah sampai dia pon lepak la depan tv sambil tunggu kami sampai rumah seaw tu...tengah tengok tv perut dia memulas dan dia bangun tutup tv tu dan pi la tandas....masa dok memerut tu dia dengar tv terbuka....dia pikr mungkin kami dah sampai la.....dah selesai hajat yang dilepas dia pon kuar la...bila dia kuar ja nampak cahya tv tu sekejap padam sekjap ada...main on/off....dia pon dah tak sedap hati tp dia nak tengok jugak...sekali bila dia tengok dia nampak seorang nenek sedang bertinggung depan tv tu sambil main buton on/off tv apa lg lari kot pintu belakang la kawn akuniee......bila dia pusing ke pintu depan dia tengok dah tak dak.....dia pon kunci pintu bali umah dia balik(nasib baik dekat)dan dia tak crita gak kat kami .....
yang lg lg 5 org tu cuma lebam2 kena tindih itu ja....

           Mamang sah yang aku kena dulu tu bukan ngigau.....bila dah pindah baru taw rumah tu berpuaka...patut la jiran sebelah umah asyik tanya "ok ke umah nie dik".....rumah tu masih ada lg dekat Tmn mahsuri jitra..no aku tak nak kasi tau... dan kepada student politeknik jitra(polimas)...hati2 memilih umah sewa anda....jng biar kan hidup anda di selubungi selimut hahahhahahahhaahahhaha 


RUMAH USIK DI SEREMBAN

Creta nie haku ceduk dari mail... korang tak yah nak komen, haku lempang sorang2 kang..... kalau korang komen haku seligi pale lutut korang tu... buat la... buat la....!!

Akhir tahun 2001, di semester akhir aku terpaksa berpindah kolej ke seremban 2.. ni sebab kolej aku blaja tu nak buat pengabungan 5 cawangan kolej yang akan menjadi 1 main kolej di seremban 2.. semester baru bermula pada disember 2001, selepas habis exam bulan September tu kami budak kolej berlumba2 mencari rumah sewa di sekitar seremban2.. maklumlah bulan oktober dah nak pose, November plak nak raya.. semua x de masa nak cari rumah sewa selepas raya nanti..

        Sepatutnya semua student dari cawangan aku duduk hostel, tp disebabkan hostel penuh dan pihak kolej target hostel utk2 student2 bagi kemasukan disember maka kami budak2 senior di suruh mencari rumah sewa berdekatan dengan kolej.. aku, wan dan man bepakat menyewa rumah teres di taman garden homes seremban 2 sebab ada bas dari perumahan ke kolej waktu tu.. lagipun waktu tu perumahan tu kosong dah x de orang macam skng ni, cari rumah sewa melalui tenet, selepas penat call sana sini akhirnya kitorang dapat rumah teres 3 bilik, 2 bilik air di end lot.. tepi jalan dan senang nak tunggu bas sebab bejalan 20 langkah dah sampai bus stop.. tapi kitorang pelik sebab rumah end lot yg besar sikit dari rumah teres di bahagian mid tu lebih murah, logiknye mana ada rumah end lot atau corner lot lagi murah kan.. kitorang dapat harga rm220, konon2nya rebet student, huhuhu..

        So selepas dah confirm ngan uncle cina tu, habis exam dan selepas dah kemas semua barang sebab nak balik kampung cuti semester sebulan setengah.. kitorang masukan bararng pada bulan September tu gak, tapi sewa berjalan mulai bulan November.. wah bertuah tul time tu, sume duk puji2 uncle tu.. pas sembahyang jumaat, kitorang tinggalkan kolej dan daerah yang aku duduk selama lebih 2 tahun berhijrah ke seremban2, kitorang menyewa sebuah van untuk angkut barang2 time tu.. caj ok la dalam rm50, jauh gak time tu adala dalam 60km campur ngan jalan pusing2 kat bukit tu..

        Lupa nak crite, kitorang x pernah pon tengok rumah tu lagi, sebab dah ajak uncle tu nak tengok2 rumah tu tp dia kate sume rumah sama saja.. waktu tu kitorang jumpa dia di 7-e sebelah terminal 1 tu, ntah skng ada lagi ke x de.. skng dah ada petronas rasanye.. lepas bayar 1+1 sewa + deposit letrik air kitorang pon dapat la kunci rumah tu, tanpa dapat nengok rumah tu pon, ye la time tu kitorang dah terdesak sangat sebab nak balik kolej cepat sebab esok nak exam lagi.. huhuhu..

        Balik cerita tadi, sampai kat perumahan garden homes tu, kitorang pon pening cari alamat rumah uncle tu.. selepas tanya kat jaga (time tu perumahan tu kosong lagi, so jaga pon ada) baru jumpa umah tu, wah betul2 tepi jalan la.. betuah betul kitorang masa tu.. tapi masa nak buka pagar rumah tu kitorang dah terkejut sebab banyak bekas colok2 cina kene bakar, duit kertas yg kene bakar, pastu kat sliding window tu di gantung kain merah.. pakcik van tu pon cakap umah apa korang sewa ni, ni macam bekas tokong diorang je.. aku ngan member2 pon senyap je x de nak cakap lebih2.. so kitorang pon angkat barang letakan kat dalam umah, lagi la tekejut tengok dalam bilik2 tu berselerak dengan kain merah kuning yg ada kesan di bakar.. sebab time tu dah petang, kitorang berpakat nanti lepas raya kita kemas sebab flight aku nak balik kg nun ni Malaysia timur dah nak dekat, aku tolak jam 7.30pm, time tu dah jam 4.00pm.. x pasal2 kang tertingal flight lak kang..

        Sebagai keselamatan, kitorang pasang lampu rumah 1, dan lampu di luar 1 dan semua pintu bilik kitorang buka dan sandarkan dengan batu bata yg bnyk kat halaman kitorang tu.. masa dah nak balik tu, tugas aku la tutup sliding window ngan grill tu, sebab time tu kunci 1 je dan akulah yg pegang sebab aku pemegang syer terbanyak, huhu.. secara automatiknya aku duduk kat main bedroom yg ada bilik air.. masa nak tutup grill tu aku prasan ada bayang2 kanak2 kecik menekap muka kat sliding window tu, aku terperanjat sampai tejaut kunci.. masa nak kutip tu aku perhatikan lagi sekali, x de apa2 lak.. lega hati aku, dalam tekejut dan risau aku pujuk hati aku yg aku nampak tu maybe bayang2 aku yg tengah tutup grill.. ye lah kan , sliding window tu besar 3 pintu, x de letak langsir lagi so otak aku positif mengatakan yg tu bayang2 aku x pn kawan2 aku.. time tu aku x nak kecoh2, kang x pasal2 kawan aku x jadi lak duk umah tu, lg pun x sahih lagi apa yg aku nampak tu..

        Sume dah masuk van, tingal aku je lagi sebab nak kunci pintu pagar luar rumah lak, skali lg aku nmpk ada bayang2 kat umah tu, kan terang sebab langsir x de dan lampu plak pasang.. aku dah rasa x sedap hati, bayang2 tu macam berlegar2 kat kotak2 kitorang letak tu, bayang2 budak2 kecik.. kotak2 tu x de apa2 pon kecuali buku2 dan barang kitorang yg berat dan malas nak bawak balik umah.. masuk ke dalam van je.. wan senyap je x becakap ape, aku x tau la knape ngan die.. si man lak sibuk borak ngan pakcik van tu, cerita lak pasal camner nak bersihkan dan samak umah tu.. sebab pakcik tu syak yg tu bekas tokong cina dan bukannya umah cina yg kitorang pikir mula2..

        Sempat jumpa jaga kejap, suh die tengokan umah tu, lepas tu ajak pakcik van makan kat restoren yaznie sebelum hantar kawan2 aku ke terminal 1 dan aku ke klia.. aduh panjang tul aku nak type, nanti aku sambung.. panjang ni jangan lak marah kat aku ek, sabar..lagi pun dah nak berbuke dah ni, kang malam aku sambung..
        ***
        Lepas beraya seminggu kat kg, kitorang pon berkumpul kat umah tudalam tengahari.. sorang kawan aku bawak motor, ye la kg dekat je kat sepang leh la bawak motor abah.. tapi elok gak si man ni ada motor, leh la suh die beli barang2 nak kemas umah.. huhuhu, x de pengalaman duk kek rumah sewa time tu, x sangka beli barang2 nak kemas rumah pon leh tahan gak.. penyapu, baldi, fabuloso dan macam2 lagi la, sib baik makro time tu ada nak harap kedai runcit yg ada hanya rufaqa je time tu.. tapi cam biasa la apa barang pon x de kecuali bahan makanan basah..
        Masa mengemas tu x de la apa2 yg pelik kitorang alami, ok macam biasa, happy2 pasang radio kuat2 sambil kemas umah, cuci 1 rumah pastu buang barang2 peninggalan yg ada.. suma aku buang x tinggal 1 pon, tapi masa nak kemas bilik air kat bilik aku, aku tekejut sebab nampak ada teddy bear besar kat atas flush tandas tu.. sebab masa kitorang masuk dulu x de le plak toy tu, toy beruang color coklat pakai baju kot dan ada love kat dadanya.. aku cakap ngan dak2 tu yg aku jumpa teddy tu, x pasal2 muka si wan berubah betul padahal tadi kemain siap nyanyi2 lagu xpdc time tu ngan ali, rock sampai jerit2.. aku nengok die aku plak yg gabra, sebab wan dan man pon dah jenguk bilik air tu sebelum ni (masa pindah dulu) x kan ada sapa2 lak yg masuk letakan kat bilik air bilik aku tu.. nak kata tuan rumah, grill depan belakang kitorang dah kunci ngan solid baru masa angkat barang tu.. aku pon x nak pikir panjang2 kang x pasal2 aku yg kecut perut sebab aku yg nak duduk bilik tu kang, bukan diorang.. so aku masukan dalam plastik sampah hitam yg besar pastu aku ikat dan letak kat dalam tong sampah kat depan rumah..

        X nak pikir lama2 pasal bab tu, kitorang pon kemas la sume temasuk la longkang blkng yg penuh ngan batang2 colok tu.. lebih 5 jam kemas baru la settle, baru la cam umah, bau fabuloso pon merebak2 baunya.. pasang langsir kat sliding window pastu tingkap lak letak kain pelikat yg di gunting 2 sebab time tu x de langsir tingkap lebih.. wan ni bagus daknye banding ngan aku ngan si wan ni, sempat die baca yasin selepas semayang maghrib tu.. aku ngan si wan lak sibuk lepak kat depan umah, maklumlah hari pertama, umah terang benderang.. lepak kat luar rumah sebab jiran2 x de, yg ada selang 10 buah rumah tu pon x sempat kenal time tu, family cina, sebab kitorang bz kemas umah.. siap baring2 kat luar ye la penat, orang pon x de.. area tu dah jadi jajahan kitorang dah, nak buat apa pon suka hati la..

        Tengah2 kitorang lepak2 kat luar si man jerit2 dari dalam bilik air, time tu bilik air yg kat ruang tamu bersepah ngan baju2 kotor, mop, dan baldi2 so dia gunakan bilik air bilik aku.. aku ngan si wan belari2 la knapa lak si man tu jerit2 lak, sampai2 aku tekedu nengok bilik air terkuci dari luar dan lampu biliknya di tutup.. mana x nya si man menjerit, orang sibuk ambik wuduq leh lak kene tutup pintu ngan lampu.. siap marah2 aku ngan wan kononnya saja nak kenakan dia, aku dah mmng gabra dah, wan jgn crita la harap badan je besar tp mmng penakut.. bekali2 cakap kat sii man baru di trima, tp tegamam la sket dia time tu.. tp dia cakap masa dia wuduq tu nampak ada tangan tarik pintu pastu kunci sebelum tutup lampu.. time tu dia tengah membongkok wuduq di bahagian kaki, dia dah suspek kitorang masa awal2 sebab terang2 dia cakap tangan tarik pintu.. aku la yg dituduh sebab tangan aku kan kurus banding si wan, padahal time tu kitorang tengah syok2 lepak kat luar umah..

        Pas bab tu kitorang dah mula rasa pelik, man gi semayang isyak aku ngan wan duk bersandar kat dinding ruang tamu dekat pintu, sambil borak2 pasal bende x kene kat umah ni.. aku sebut semua hal dari patung sampai la kes kat tandas tadi, aku saja x nak sebut pasal kes nampak budak tepek muka kat cermin nanti dah berat sangat, x pasal2 ada gak yg pengsan.. time sembahyang tu, si man leh terbehenti kate kipas mati sendirik la, kipas meja yg pusing2 tu mati sendiri macam kene offkan main suis plug kipas tu.. lagi lah tambah seriau time tu, mcmanalah kipas tu leh mati sendiri sedangkan x de sapa yg dekat dengan kipas tu, extnsion kipas tu dr dapur umah sebab kat depan dah penuh ngan pc dan radio kitorang..

        Sunyi skjap pastu, x de sape becakap, tiba2 man mncelah maybe extnsion ni x elok kot dah, barang kat makro bukan semuanya elok, aduh aku tau sangat la ayat sedapkan hati tu.. man gerak gi dapur nak tengok suis tu mmng off ke on, tp sah dah off, ada la yg offkan tu kalau pikir logik.. argh, aku time tu dah pikir macam2, man yg tadi duk positif pon dah semacam.. die cadangkan malam ni semua tidur kat ruang tamu, biasalah dia cakap raumah tingal/rumah baru macam ni lah..

        X de apa2 pastu sampai lah jam 11.30 mlm, pintu dapur di ketuk berkali2 mnybbkan semua kaku macam x bergerak n bersuara.. sampailah 5 minit, barulah si man sahut, assalamualaikum, sapa tu!!!.. sampai 3 x, tp x de sapa yg jawab.. aku dah risau smcam dah, duk pikir mcm time tu.. rasa happy masuk rumah baru dah x de, sampaikan mood raya aku pon dah hilang.. man pesan kat kitorang, kalau apa2 hal malam ni jangan lari, lagi membuatkan aku kecut perut rasa nak terkencing.. aku nengok si man dah lelap, aku ngan si wan lak x leh sebab asik duk pikir je, aduh x tau plak aku penakut tahap ni, padahal kat kolej dulu selamba je aku lepak sorang2 time dak2 lain balik kg.. maklumlah kg aku jauh, kalau cuti seminggu 2 tu aku x balik, duk je la sorang2 kat hostel, rasa takut dan tutup keberanian aku..

        Aku ngan wan x dapat tido borak2 sambil pasang radio sayup2 je, ye la x dapat nak buat apa lagi.. tido x leh, siap wan cakap aku x yah tido pon x pe, esok siang kite tido, aku iakan aje lah.. tengah layan isma halil time tu, dah jam 2pagi kot, tiba2 remote suis kipas yg pusing 0 ke 5 tu berpusing sendirik.. mata aku pandang je, tapi sambil baring kat tilam.. pusing2 kejap ke 2 kejap ke 5 kejap ke 0, sudah aku x tau nak buat apa dah.. tp kaki aku sibuk sepak2 si man yg sedap tido sampaikan dia celik la nengok sendiri kes tu.. yg aku x tahan tusi man gi jerit HOI!, aduh⦠baru la berenti, x pasal2 dia pon x leh nak tido.. berjaga la kitorang time tu sambil dengar radio sayup2, xempat si wan call family dia cerita, pastu bapak dia janji nak datang esok tengok2kan umah tu.. legalah hati kitorang time tu sebab harap2 ni adalah terakhir sebelum esok abah si wan datang mengubat umah ni..

        Jam 3.30, tiba2 dengar lak bunyi tapak kaki kat dari dalam bilik aku di main room, rumah tu main roomnye kat depan tengah2, tempat dinding kitorang bersandar tu la main room.. dengar bunyi tapak kaki macam orang tengah berlari2, man yg tengah baring terus menyandar kat dinding, aku lak terus kaku x tau nak buat apa.. dah serah takdir je time tu kalau dah dia nak nampakan diri pon aku redha je dah..huhuhu.. bunyi tapak kaki tambah kuat seperti ramai lak yg belari2 kat bilik tu, wan kuatkan radio time tu si isma halil tengah pasang lagu jaket biru, die x nak dengar bunyi tu.. tp x pasal2 lak bunyi tapak kakit tu lebih kuat dan betambah dekat dengan kitorang, rasa2nya dah dekat ngan pintu, dah la pintu tu x bertutup, mmng saja x nak tutup dan lampu terang benderang di semua bilik..

        Wan x puas hati, dia kuatkan lagi lagu tu sket.. aku dah siap bekelubung ngan selimut sambil baring, baru je si wan kuatkan bunyi radio dengan suara budak2 gelak, bukan sorang tapi ramai.. man yg tekejut terus bediri dan azan, wan aku x tau dah buat apa, tapi aku dah tutup muka aku ngan selimut time tu, dah x tau apa berlaku.. masa si man azan tu aku leh dengar suara kanak2 tu tambah dekat seolah2 berada di sebelah aku, maybe aku berkelubung tu jadi bunyi jauh jadi idekat.. tp entah la, man azan sampai lebih 15x, sampai la bunyi gelak dan tapak kaki tu x de⦠sedar2 dah jam 5.30, x tau la brapa lama masa tu.. abis si man bang, aku pon pelan2 buko selimat sebab ingatkan benda tu dah x de.. aku rasa macam jantung nak jatuh nengok2 bayang2 budak2 umur dalam 6-7 tahun melayang2 kat atas kepala man.. sambil memegang mancis api kayu yg menyala, aku mmng kaki kali ni sebab x tau nak buat apa2 dah.. aku dah jadi batu x tau apa tejadi dah time tu, aku rasa macam terpaku lama sebelum man sambung bang sekali lagi.. aku sempat nampak si wan dah mata terbeliak mmndang ke atas x begerak, sama mcm yg aku alami tadi..

        Aku pun tiba2 rasa mata dah gelap semacam, aku hanya dengar man laungkan azan berkali2, aku semacam lemas.. berkali2 aku gamit si man dan wan tp diorang buat x reti, maybe prasaan aku.. aku cuba lawan dengan membaca ayat kursi tp x mau gak.. aku x tau apa jadi kat aku time tu, yg aku tau aku lemas dan duniaku gelap, aku tarik napas panjang2 dan aku paksa mata aku celik dan sebut Allahuakbar banyak kali sampai la aku sedar, dah time tu aku nengok si wan dah keras sejuk tp meronta2 dengan mata tejegil si man plak bediri x de buat apa2 dah.. azan pon dah x kuar dari mulutnya, aku sentap diorang berdua sampailah diorang tekejut dah si wan sempat menjerit kata lehernya dicekik.. sambil dia tebatuk2.. man lak cam aku gak rasa lemas, tarik napas panjang2 pastu.. maybe wan rasa macam tercekik sebab diakan ada asma, jadi lemas tu mnybbkan dia tecekik⦠man x dapat tahan marah terus menjerit cabar bende tu, aku lak ganti azan kali ni.. abis azan aku nengok kat luar dah ada cahaya matahari, aku ajak diorang kluar sebab time tu dah 6.30am.. aku x tau apa jadi 30 minit kitorang lemas.. ni barulah permulaan.. nanti aku sambung balik cerita ni ye.. kes jadi teruk selepas ayah si man bawak pawang ubat umahh niâ¦
        ****
        Kitorang duk kat luar tu sampailah hari cerah, aku rasa dah jam 8am time tu, x de sorang pon brani masuk ke dalam umah.. mulut sorang2 terkunci sbb masih tekejut, x tau apa nak di cakapkn dah.. sesekali dengar si wan batuk2, pastu kata kat pergelangan lehernya sakit macam dicekik, tapi mmng lehernya merah dan berbirat, aku ngan man x de lak kesan cam dia tu.. aku rasa kitorang semua macam tekejut lagi ngan kes semalam tu, sebab inilah kali pertama aku ngan wan alami, tp si man dah biasa duduk mrsm jadi dah biasa kes macam ni.. tp kali ni lagi teruk sebab ia seperti menyerang secara fizikal secara tidak langsung walaupun x de dari kami yang cedera kecuali si wan yg batuk2 mendakwa di cekik..

        Porut lak dah lapar, nak kuar gi beli makan kat restoran tapi wallet ngan kunci motor kat dalam umah, man yang paling berani pon x berani dah nak masuk.. aku pujuk man supaya masuk sama2, sebab dah lapar sangat ni sejak malam tadi x makan, hanya sempat makan dunky donut yg ada jual kat luar makro tu.. tapi baru je nak melangkah masuk, tiba2 radio berbunyi kuat rasa bergegar rumah sebab bergema, aku berundur lari kebelakang sebab ku ingat man pon berlari tp x sangka lak man cam orang gila gi jerit2 ngamuk kat dalam umah tu.. aku ngan wan x tau nak buat apa, si man dah memaki hamun bende tu kat dalam umah, aku risau je kang di lak kene sampuk ke hapa.. wan x nak masuk, aku belari ke dalam gak gagahkan diri risau jadi apa2 kat si man, tp alhamdullilah x de apa sambil dia bercekak2 pingang kat dalam umah tu, aku offkan radio, x de apa2 yg berlaku.. buka pintu rumah besar, pintu depan, belakng, tingkap, pintu bilik sume kitorang buka luas..

        Masa nak beli makan pon problem, sebab motor ada 1 je, so hanya ber2 je leh pegi, x kan sorang nak tunggu kat umah tu, hai x sanggup aku.. last2 man je yg kuar beli nasi lemak, aku ngan wan duduk kat tepi jalan rumah berdepan ngan umah sewa.. sambil2 tu aku borak la ngan wan, apa jadi malam tadi yg dia terjegil mata tu.. dia cerita dia nampak bayang budak2 melayang2 kat atas kepala man sambil bakar rambut man dengan mancis.. tapi bayang2 tu x puas hati sebab x dapat bakar rambut man, bayang2 tu ketuk kepala man berganti2 yang sedang laungkn azan, ketuk ngan pemetik api sampailah man teduduk..

        Pastu wan nampak kepala si man pecah dan darah menyembur2, tu yg matanye tejegil x leh dan badannye mengigil ketakutan.. pastu baru bende tu serang aku, wan nampak bende tu bakar mata aku dengan api, sebelum salah satunya mencekik si wan.. tu la yg si wan ceritakan kat aku dan buat aku terkedu.. tapi alhamdulillah mungkin itu perasaan si wan saje, sebab x de apa2 kecederaan fizikal pada aku ngan si man mcm yg wan cakap.. tp ada logiknya kalau difikirkan balik apa yg wan saksikan, sebab tiba2 aku rasa dunia gelap gelita, sebelum aku berjaya melawan meronta berkali2, tapi aku rasa lebih ½ jam aku bergelut, aku pon x tau apa jadi dalam ½ jam yang hilang tu (aku rasa lemas)..

        Pagi tu kitorang makan nasi lemak kat luar rumah je, walaupun rumah dah terbuka luas, tp hati kitorang kuat kata x nak masuk, mungkin trauma.. tunggu family man datang dr sepang lama sangat, yelah nak bawak pawang hebat dr banting kononnya.. jam 11.30am barulah family si wan datang sampai 3 kereta, sume adik bradik dia datang nak tengok sendiri agaknye.. turun2 je dari keta pawang tu dah geleng2 kepala, umah apa korang duduk ni.. sambil2 tu salam ngan kitorang, kata namanya tok sheikh, salam2 je kata semangat kitorang dah kene tarik.. kene seru balik, aku sampai skng x paham apa maksud tok sheikh tu.. kitorang kene suh masuk dalam van, hanya tok sheikh ngan ayah si man je yg masuk ke dalam.. belum masuk baru kat pintu grill, radio yg plugnya aku dah cabut tiba2 terpasang kuat menyebabkan adik bradik si man bertempiaran lari masuk ke kereta.. dah la lagu India , maybe time thr raga kot, ntah la aku pon x tau.. dng radio kuat bunyi pon dah lari, byngkn klau tau yg radio tu plugnya x bersambung..mmmm..

        Lama gak tok sheikh kat dalam umah tu, ayah si man hanya nengok dari luar sebab dia pon aku rasa dah gegar lepas cuba offkan radio tp plug x sambung.. dalam van sume tekunci mulut, anak2 buah si man yg kecik2 sume ketakutan, apelah kes2 camni bawak anak2 kecik lak, x pasal dak2 tu skali trauma.. x lama pastu aku nengok tok sheikh kuar sambil menjinjing anak patung beruang yg coklat besar tu, mau je mata aku tejojol kuar nengoknye.. mana x nye, kitorang bertiga sendiri yg buangnya semalam siap masukan dalam plastik sampah hitam pastu ikat.. masukan dalam tong sampah kat depan umah, man dan wan aku tengah tido2 ayam aku cuit suh nengok apa yg tok sheikh jinjing tu.. wan hanya mengucap je cam x caya, man lak terus meluru gi tong sampah nengok ada x anak patung tu kat dalam tong sampah.. dia jerit2 panggil aku, ada la kat dalam ni, tu yg lain.. aku belari nengok, ye tul ada, jadi aku ambik dan buka la plastik tu, tp aku tekejut sebab berat, aku check kat dalam tu bukannya anak patung yg ada tapi tu hanya batu-bata yg aku gunakan untuk menyanggah pintu2 bilik supaya x tertutup dengan baju2 kotor kitorang yg letak dalam bilik air.. aku x leh nak cakap apa dah.. camner leh dalam tu lak..

        Tok sheikh datang2 kat kitorang marah2 sebab x buang bende ni, aku dah x tau nak cakap apa2 dah, semua man yg jawab.. waktu tu gak tok sheikh tu pagar rumah kitorang, tabur garam kasar dan air penawar ke hape ntah.. sambil2 tu family man beli makanan kat restoran dan buat kenduri kat umah tu, buat kenduri kesyukuran masuk rumah baru.. tiba2 rasa lapang umah tu, x de la gangguan mcm malam semalam.. kitorng berharap semua dah settle, sebab esok isnin, adik bradik si man semua balik kecuali ayah ngan maknye yang dah pencen.. yelah diorang nak pastikan betul2 selamat, pastu diorang pon risau dengan keselamtan anak diorang.. hari ahad ke isnin tu x de apa2 berlaku, aku yg mula ragu2 skng dah mula rasa selamat.. sampailah hari khamis siang ayah ngan mak si man duduk kat umah tu, langsung x de perkara pelik berlaku lagi.. so khamis petang tu mak ayah si man nak balik, tp sebab pikirkan dah jam 6 pm time tu, hujan lebat lak tu, ayah si man x confident nak drive keta balik sepang walaupun dekat je.. dah berusia, mata pon x terang..

        Khamis malam jumaat tu la bende tu datang balik, disaksikan sendiri oleh mak bapak si man sendirik, nanti aku sambung cerita ni lagi.. tapi kali ni lg teruk dan membahayakan!

        Malam jumaat tu kitorang sembahyang maghrib secara berjemaah, slepas tu baca yasin ramai2 macam hari2 sebelumnya, supaya bende tu x datng ke rumah tu dan kacau kitorang lagi.. tngh baca yasin ramai2, tiba2 pintu dapur di ketuk berkali2 menyebabkan kitorang suma terhenti mmbaca yasin, air di dalam bilik air plak mencurh2 kluar, tengah aku sibuk pandang pintu dapur yg diketuk, aku ternampak tombol air di sinki di pusing dan menyebabkan air di sinki mencurah2.. kitorang bangun beramai2 sebab ayah man suh rapat2, then kitorang tutup air di sinki dan kedua2 bilik air yg mencurah.. tp x berhasil bila air kuar balik pas kitorang tutup, nak x nak kitorang tutup suis utama di luar rumah.. tu je lah cara, ayah man call tok sheikh yg bende tu datang balik, ntah apa yg dibisngkan tk sheikh, kononnya kitorang langgar pantang.. masa mengubat aritu x de lak dia cakap pasal pantang2 ni, ni baru lah nak crita pasal pantang2.. kononnya kitorang langar pantang sidai pakaian dalam rumah, dia x de pesan apa2 pon sblm ni, ye la mcm spenda ngan stoking x kan la nak jemur kat luar lak..

        Dah puas bende tu main air, dia kacau letrik lak, dari kipas siling, kipas meja, radio sampailah ke lampu yg membuatkan aku tambah kecut.. sebab lampu terpadam kitorang pakat2 duduk kat bawah suis utama, kemudian pasangkan balik lampu.. kitorang duduk kat bawah suis tu, x de lak dia men suis dah pastu.. aku teringat lauk yg dah beli utk makan malam kat dalam pinggan kat dapur, hanya tunggu nasi masak je.. time cam ni nak makan pon dah x de slera, terbantut memikirkan benda hal macam ni.. pastu si man ngan ayahnye gi dapur ambik lauk2 tu nak ajak makan, katanya kalau badan lemah x makan lagi benda tu senang kacau kita sebab kita x de tenaga..

        Aku hilang slera nak makan, so aku minum aje, air limau je aku buat tadi sebab lom beli kodial lagi, lg pon buat air limau senang, limau, gula dan ais batu je, dah siap air limau sejug.. tapi aku pelik masa tuang ke gelas, aku prasan air tu jadi kuning, eh bila lak jadi color kuning, setau aku putih je tadi.. aku buka penutup jug tu, ya Allah bau hancing, dah kene kencing.. nasib baik aku prasan, kalau x mmng dah minum air kencing la gamaknye aku masa tu.. masa mak si man nak senduk nasik , dalam periuk nasi seketul najis macam najis manusia ada di dalam rice cooker.. waktu di buka rice cooker tu, nasi masih panas sebab baru masak, bayangkan lah bau najis tu semerbak ngalahkan bau nasi tu.. aku sampai kuar rumah termuntah2..manalah datangnye semua tu..

        Sebab x tahan bau, semua makanan tu kitorang letak kat luar rumah, mmng sah semua makanan ada najis, ntah najis apa kitorang pon x tau.. tp rasanya najis manusia, duduk kat luar rumah kitorang bincang2.. esok nak cari orang pandai ngubat kat area mambau, lepas sembahyang jumaat tu cadang nak cari.. sebab tok sheikh tu x leh caya, sebab benda tu datang balik, konon2 pantang la ape lah, dah la byr rm200 untuk mengubat tu.. sibuk2 berbincang tu, dalam jam 11mlm, dengar kat ruang tamu rumah suara kanak2 gelak2 sambil dengar hentakan tapak kaki berlari2 seperti yg kitorang alami haritu.. yg nampak hanya bayangan hitam 3 orang kanak2 sambil membawa api, tapi yg herannya kali ni aku, man dan wan x nmpk, yg nampak hanya ayah ngan mak man je.. kitorang hanya dengar suara gelak budak2 je.. tiba2 mak si man menjerit, telekung tebakar, cepat2 kitorang masuk rumah takut x pasal2 umah plak yg terbakar..

        Mmng tekejut tiba2 telekung terbakar, kitorang rapat2 gak sambil duduk kat bawah suis utama tu, heran camner telekung tu leh tebakar.. mak ngan ayah man kate diorang sendiri nampak bende tu yg bakar, tp pelik kali ni kitorang x nampak, yg nmpk hanya telekung yg berlipat tiba2 tebakar.. bunyi gelak2 tu sayup2 je pas kitorang masuk rumah tu, tp tiba2 ada baut tengik macam sesuatu hangus.. yaAllah, ayah si man menjerit nengok sejadah terbakar, time tu aku x nak pergi dapur ambik air, sebab pili air kat luar dah tutup mana aa air, aku guna air mineral dlm botol kat depan aku utk makan tadi, sambil2 aku hempas2 sejadah tu.. mmng x leh jadi kali ni, dah sampai bakar2 barang pula.. tapi kali ni aku x la setakut haritu, maybe sebab ramai, pastu ada orang tua lak tu, rasa mcm selamat sedikit walaupun ancamannye lebih bahaya.. pas sejadah, langsir pula jadi mangsa, habis tebakar langsir, kali ni si man ambik air sabun dalam baldi di bilik air, terus simbah sebab api tu jilat langsir tu cepat.. padahal kitorang dekat ngan langsir tu, sebab duduk kat depan pintu di bawah suis utama, tengok2 dah terbakar besar..

        Tak abis itu je, kotak2 pon abis tebakar sume, x tau lah nak buat apa lagi, last2 kitorang angkat sume barang bawak ke luar rumah, apa yg leh tebakar je semua kitorang angkut gi kuar rumah, letak kat luar pintu.. duk sibuk angkat kotak2 tu, tiba rasa asap bnyk dr dalam bilik aku, aduh!..rupanya kain pelikat yg aku buat jadi langsir tingkap dah terbakar separuh, kelam kabut aku tarik sampai tekoyak2 hujung kain tu, sebab air dah x de pili luar dah tutup, masa aku sentap aku rasa paku2 tu tepelanting dek aku sentap sekuat hati.. time tu gak si man call uncle tuan rumah, cakap rumah tu ada masalah.. itu rumah baru mana ada masalah, uncle tu cakap la, ni bukan masalah rumah la uncle ni mslh rumah tu berhantu.. uncle tu gelak je dan jawab kalau u nak kuar, deposit umah 2 bulan dan air letrik dia x nak bagi balik.. tu je la yg si man cakap ngan aku.. nak x nak aku cakap ngan diorang kita kene pulihkan umah ni, mana ade duit deposit nak cari rumah len dah.. rumah lain dia mintak 2+1, pastu deposit air/letrik rm200, sewa sebulan rm270..

        Sebab dah pagi, kesian kat mak si man yg dah cam nak demam, last choice kitorang tido dalam kereta.. tp biarkan pintu umah tu terbuka je.. tingkap pintu keta saja buka sikit, ye lah kang mati kepanasan lak. sampailah pagi subuh x de apa2 berlaku sampailah ayah si man pasang kaset ngaji kat dalam keta, so apa berlaku kat dalam umah x dengar.. mmng aku x leh lelap langsung, dah la esok tu ada kuliah, nak x nak aku pikir terpaksa la ponteng.. aku ngan si wan mmng x leh tido, x tau knape, si man dan family dia sume nyenyak tido.. dalam jam 5pagi tu, tiba2 atas keta macam dipijak2, semua terjaga sebab seperti orang meloncat2 sambil berlari2 atas kereta.. aku tunduk time tu, tiba2 aku dengar mak si man menjerit, aku pon terpandang kat cermin depan selipar aku ngan kasut si wan berjalan sendirik tapi macam di engsotkan.. si man kluar dari keta, pastu try ambik kasut ngan selipr tu dan baling ke pintu grill.. waktu tu aku leh dengar macam ada benda terhempas kat grill tu, aku x tau apa benda sebab x nampak.. tapi aku rasa mesti budak2 yg kitorang nmpk sebelum ni..

        Waktu tu juga ayah si man bang, dan aku baca ayat kursi kuat2, sampailah jam 6.30 hari dah nak siang.. kesian aku nengok mak si man, dah la dia ada darah tinggi dan sakit jantung, sempat la aku nengok dia macam meracau kejap sebelum suami ngan anak dia tenangkan.. jam 8.00pagi tu abah si man suh kitorang angkat2 suma barang masukan dalam keta.. habis suma betabur kat bonet keta, kecuali penyabu, baldi dan benda2 besar tu x bawak, keta manalah nak muat.. sebab x puas hati kat tuan umah, aku soledkan aje rumah tu dapur dan depan, pastu lampu dan kipas aku biar on je.. biar dia byr letrik mahal bulan nih, pastu nak masuk umah kene botong dulu soled tu, dah dia main2 kan kitorang, pastu nak pulangkan duit deposit sikit pon x de.. jumaat tu kitorang x gi kelas, pastu numpang kat umah sedara si man di bukit chedang untuk sementara waktu, susah gak la, walaupun dekat dari kolej tapi x de bas, man terpaksa ulang alik angkut kitorang 2 kali awal minggu.. sebelum menyewa kat central park dengan 2 orang lg budak kelas kitorang..

        March 2002, keluar di metro pasal rumah terbakar sendiri di seremban 2.. aku dah tau kat mana tempat tu, sebab aku dah alaminya, dah sah2 kat umah yg aku pernah sewa tu dulu.. sapa ada berita pasal tu, tolong la tepek kat sini, dulu aku ada simpan keratan berita tu, tp dah nak 7 tahun berlalu, ntah mana aku letaknye.. so kepada korang sume, kalau nak sewa rumah kene pastikan rumah tu dulu, jgn main tarah je.. skali dapat umah bekas tokong x pon kuil, x ke naya.. tapi sampai skng aku x tau lagi knape ada bayangan 3 orang budak yg bawa mancis bakar2 barang kat umah tue.


JELMAAN PENUNGGU RUMAH SEWA 

Along, Nora dan Ayu adalah sahabat karib. Mereka berkawan sejak di tahun pertama di salah sebuah institusi pengajian tinggi di ibu kota lagi. Kebetulan ketika mereka berada di tahun ke 3, mereka tidak dibenarkan tinggal di kampus lagi. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menyewa di luar. Setelah puas mencari rumah, akhirnya mereka bersepakat untuk menyewa sebuah rumah teres yang sudah lama tidak berpenghuni. Memandangkan sewa yang ditawarkan agak murah, tanpa berfikir panjang mereka terus bersetuju. Rumah teres itu dimiliki oleh seorang lelaki tua yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Atok Mok.
    Kali pertama berjumpa dengan Atok Mok ketika menyerahkan wang deposit, mereka sangat terkejut. Wajah orang tua itu amat menakutkan mereka . Keningnya hitam lebat, air mukanya sangat garang dan matanya sentiasa meliar ke sana ke sini serta berwarna merah. Mujur juga orang tua itu cepat mengundur diri. Namun matanya tidak berkedip memandang Ayu!

    Setelah sebulan menyewa di rumah itu, mereka dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan rumah itu. Setiap kali malam jumaat mereka dapat menghidu bau wangi Ada ketikanya mereka ternampak seperti kelibat Atok Mok di dalam rumah itu. Lebih meyakinkan lagi, Along dan Nora melihat sendiri Atok Mok sedang tidur bersama Ayu di bilik tidurnya. Keesokan pagi, Along dan Nora terus menceritakan segala yang dilihat malam tadi kepada Ayu dan dia kelihatan sungguh terperanjat, sedangkan pada hari tersebut dia tidak pulang ke rumah. Lagipun jika difikirkan secara logik, buat apa dia benarkan Atok Mok tidur bersamanya ? Keadaan menjadi bertambah rumit apabila Ayu mendapati ada kesan lebam dan calar-calar di badannya.

    Sementara berusaha mencari rumah sewa yang lain, baik Along, Nora dan Ayu, masing-masing tidak berani lagi duduk sendirian di rumah, jika Along atau Nora pulang lewat, Ayu sanggup menunggu mereka di depan pagar rumah. Untuk masuk bersendirian ke dalam rumah, tidak sama sekali. Di saat itu tiba-tiba sahaja bulu roma Ayu meremang. Kemudian pantas sahaja kakinya melangkah ke dalam rumah. 

Malam itu sedang mereka tidur nyenyak tiba-tiba sahaja Ayu menjerit dan mengilai. Seluruh tubuhnya menjadi kejang dan matanya merenung tajam ke arah Along dan Nora. Rambut Ayu yang panjang mengerbang. Kedua sahabat itu tidak berani memandang muka dan mata Ayu yang sudah mula merah. Selepas di bacakan ayat-ayat suci Al-Quran keadaan Ayu agak kurang sedikit. Tetapi selepas beberapa minit kemudian keadaan Ayu kembali teruk. Apabila melihat Ayu cuba melarikan diri keluar rumah, Along dan Nora terus memegang kedua belah tangan dan kakinya. Namun, kekuatan yang dimiliki oleh Ayu amat luar biasa. Along dan Nora terpelanting di terajang oleh Ayu. Setahu mereka Ayu tidak pernah berkelakuan ganjil, cuma sejak berpindah ke situ dia lebih suka mengasingkan dirinya.

Biarpun kedudukan rumah mereka agak jauh namun jeritan kuat Along dan Nora telah didengari oleh penghuni yang tinggal tidak jauh dari situ. Masing-masing bergegas keluar memberikan pertolongan. Kebetulan pula salah seorang dari mereka iaitu Pak Wahab, mengetahui misteri di sebalik rumah teres yang sudah lama tidak berpenghuni itu. Namun dia enggan bercerita dengan lebih panjang. Seolah-olah dia tidak mahu merungkaikan rahsia rumah besar itu. Walaubagaimanapun dia banyak membantu memulihkan Ayu. "kalau macam ni caranya, lebih baik kau orang berpindah saja dari sini. Nanti pakcik tolong carikan rumah. Nampaknya "dia" masih taknak lepaskan rumah ini". Kata-kata Pak Hussin mengandungi seribu persoalan.

Sehingga jam 4 pagi, barulah jeritan Ayu reda sepenuhnya, itupun setelah di jampi serapah dengan ayat suci Al-Quran oleh Pak Wahab. Tidak lama selepas itu barulah Ayu sedar dan mula mengucap. Apabila Ayu sedar, dia segera memeluk Along dan Nora. Rupa-rupanya dia terasa dirinya cuba dipeluk oleh satu lembaga yang menyerupai Atok Mok.

Selepas peristiwa ngeri malam itu, tanpa berlengah lagi mereka terus mengambil keputusan untuk berpindah rumah. Peristiwa ini mengajar mereka untuk lebih berhati-hati apabila memilih rumah sewa. Sejarah atau latarbelakang pemilik rumah perlu kita selidik terlebih dahulu sebelum mengambil kepututsan untuk menetap. Dari siasatan mereka, rupa-rupanya Atok Mok sudah lama meninggal dunia dengan membunuh diri bila isteri mudanya melarikan diri bersama lelaki lain. Namun rohnya tetap mendiami rumah itu dan kebetulan Ayu mirip isterinya dahulu...................

ASAL USUL HANTU 

1.Hantu Raya
- Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya...kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai -balai raya.

2.Hantu Langsuir
- Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3.Hantu Stokin
-Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumahtangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4.Hantu Jerangkung
- Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang.....kung', jadilah Hantu Jerangkung.Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.

5.Hantu Pontianak
- Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr.Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya.Selepas 5 tahun,anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak...Lekatlah nama pontianak.

6.Hantu Penanggal
- Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung 'Lari..lari.....Penanggal'. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau dan kayap, dia pun mengilai
semahunya.

7.Hantu Pocong
- Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu Bin Mat Sudu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita...kaki cong le. Bila diamati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!

8.Hantu Kom-Kom
- Berasal dari Hantu Komputer,macam ko rang yang suka main Komputer surf internet sampai 24jam hingga tak ingat dunia..disebabkan suka main komputer hingga mati pun depan komputer,.....komputer,komputer. Akhir sekali di sebutlah hantu Kom-KOM..shortcut dari Komputer jadi ler KOM..sahaja.... Samala macam korangggg!!!! hiihihiiiiiii!!!!


KENA KACO 

kejadian nie berlaku mase aku last sem kat poli....
dalam kul doblas lebih, tibe-tibe hanset membe aku yang sem 5(leman) nie berbunyi...
tapi skali mis kol...die cakap die takde kredit....
oleh sbb bdk prmpn y miskol die tu same batch gan aku mase sem 1(ema name beliau)...
tp sbb sijil, aku jd senior die...
dan bdk nie serumah gan mmbe aku(aisyah) merangkap awek mmbe aku(pdot) yang kedue2nye last sem(phm ke??)....
aku pon menawarkan phone aku kol die balik...
skali ema tu kate kat leman, ade org kat umah dorang...
so aku pn bergerak menuju kat umah dorg....kiteorg setaman jer... lain jalan jer...
so bile smpi kat sane, ema n the geng ckp ms dorg lepak kat atas, dorg dgr ade org hempas pintu depan...
so, ktorg sh dorg check dlm umah, sume celah mane taw kot2 ade org mnyuruk....
skali mmbe aku nie ade la ilmu sikit... die da taw da...
kebetulan, selang 2,3 bijik umah, ade la bdk2 laki tgh lepak umah awek dorg kot....
bile tnye dorg, dorg tak dgr pon ade bnyi org hempas pntu...
leman ckp bkn org y buat...tp bnde lain...
die just ckp, pikir ape bnde slh ema n the geng da wat...pasni jgn wat da...

ktorg balik je la pastu....aku pon smbg men game...
mlm tu aku tido awl sikit...sbb aku malas naik atas, aku tido kat ruang tamu je...(ade tilam ekkk)...
aku tak taw la kul bape....tibe-tibe aku terdgr org tendang pintu...
trus aku terjage...aku wat bodo jer...anggap la angin ke kucing ke...
mase tu aku tido ngadap siling...tangan terbuka, dlm keadan tangan bersilang, kaki baik pnye kangkang...
aku nak pusing ke kanan ngadap dinding...
skali tak bulih...*selaka btl rs ms tu...kene tindih la plak...
aku just ckp dlm hati " lantak ko la...ko tindih jer laa...aku nak tido"..ms nie tak takut lg..
ntah mcm mane tgh mamai2 tu, aku terpusing kekanan ngadap dinding....bulih la plak..
dengan hati riang, aku nak smbg tido...tang sini y aku tibe-tibe rs semacam...
ntah macam mane aku dengar org panggil name aku kat dapur...
trus meremang bulu roma aku... aku wat bodo lg....
yang paling best...terbaik dari ladang org kate...
macam ade org hembus napas kat tengkuk... tp hembus pakai mulut...
siap dengar lg.. "haaaaaaaaa..."... mcm tu la smbil hembus napas..
ades.....ssh nak terang...tp die haaaaaaaa napas die kat tengkuk aku....
mcm tu la.... takut wooo mase tu...tp aku tertido gak last2...sebab aku malas nak layan....

esok pg, aku cite kat hmate aku sume....skali ade membe aku merangkap bdk kelas ckp(hadi)...
pg tu die terjaga nak g kencing....ms turun tangga die nmpk ade prmpn pakai baju putih tgh bertenggong tgk aku tido...
die g kencing gak...pastu tru berlari naik bilik...
(lupe plak...umah sewa aku 2 tingkat...ms ni aku sorg jer tido bwh...y lain sume kat atas)...
tghari tu, hadi demam....malam tu plak baru aku demam...mmbe aku merangkap bdk kelas lg sorg(amy) sound leman...
amy nie pon taw sikit2....die taw leman taw ayat pelindung tak bg bnde nie ikut...die sound nape leman bg bnde tu ikut...
leman plak ckp, die taw untuk kegunaan sndr jer...untuk org lain die tak reti...maybe tu sbb bnde tu just ikut aku...

esok aku tak g kelas...luse aku cite kat aisyah gan pdot....aisyah kate, kalo prmpn tu betul laaa...
rupernye sblm nie umah tu dah 2,3 thn takde org duduk... ade untie tu beli umah tu, isi perabot sume, sewakan kat bdk poli...
dan aisyah tu antara y pertama duduk lepas umah tu beli...ema tu next sem baru masuk...
dah aisyah kate, batch pertama tu slalu da kene kaco...smpai taraf dorang bwk ustaz dtg tgk2kan...
dan ustaz tu kate ade lg sorg prmpn kat umah tu..slagi dorg tak wat maksiat ke, wat jahat ke, prmpn tu takkan kaco...
dan nasib baik umah tu kbtln untie tu bg kat bdk prmpn..kalo laki lg truk....
dan mgkn betul la y ikut aku tu prmpn....
3 ari gak la demam....

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...