Friday, June 20, 2014

Ceritera 2014 :)

          Assalammualaikum...dah lama sangat tak update blog..dah hampir setahun..rindukan kan blog..tapi kesibukan bekerjaya buat aku terlupa & malas untuk update blog huhuhu.. Kalo nak ekotkan dalam tempoh setahun banyak benda yang berlaku..banyak benda yang berubah.. Alhamdulillah..setiap kesusahan hidup ada rezeki yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T ... mungkin rezekiku tidak berpihak kepada jodoh tetapi untuk rezeki yg lain terutama dalam kerjaya aku bersyukur sangat dengan rahmat-Nya..

          Tak tahu nak start cerita dari mana sebab almost 1 years blog nie tak terusik.. Cuma sekarang lebih matang untuk mengendalikan kehidupan.. kini berpeluang hidup di pusat pentadbiran negara iaitu Putrajaya.. 3 bulan pertama amat berat untuk merantau ke tempat orang kerana sejak 29 tahun hidup tak pernah lagi berjauhan dari family..pernah jauh aku stay pon masa study kat poli..tu pon setahun di asrama n 6 bulan di rumah sewa dan jarak dari Poli ke rumah hanya 20 minit masa perjalanan oke so kalo ulang laik pon tak heran hahahaha~

         Penghujung bulan 1 tahun 2014 tetibe dapat surat dari yang aku sendiri pon blur-blur..terpaksa ambil di pejabat pos sebabsehari sebelum tu aku tak de kat rumah..masa ambil tu tengok je sampul aku dah bole agak..sebab terpampang dari Jabatan Perkhidmatan Awam..masuk kereta terus nangis..bukan sebab happy..tapi sebab sedih nak tinggal kerja yang aku sendiri dah selesa dengan persekitaran die..puas jugak la mak ayah aku pujuk bagai..dah abes kursus pon bile masuk kerja aku dah memberontak sebab tak puas hati hidup susah kat tempat orang..

       Mujur la ada kawan-kawan yang seangkatan yang banyak bagi sokongan moral kat aku..time tu aku dah start fikir..mungkin di sini rezeki aku..dan mulai saat itu dari sehari ke sehari aku mula mula redha dan tabah dalam menjalani kehidupan seharian.. dan sampai sekarang alhamdulillah..aku semakin selesa walau banyak benda aku terpaksa tanggung dan buat sendiri secara keseorangan.. baru aku sedar..hidup tak mudah seperti yang disangka..kalo dulu bila susah abah @ orang lain yang akan tolong tetapi sekarang aku yang perlu berusaha mencari jalan keluar untuk setiap masalah..semua itu banyak mematang aku..alhamdulillah..

     Kalo nak start citer satu2 memang tak ke sudah..so biarlah gambar yang menceritakan..semua ini kenangan manis yang ku dapat sejak bekerja di Putrajaya & Kuala Lumpur..yang mana aku tak pernah terlintas untuk bekerja di sini..mungkin ada hikmah aku dapat kerja tetap pada umur yang lanjut walau baru 29 hahaha~ kerana Allah saja yang tahu pada ketika mana kekuatan aku yang boleh menanggung semua masalah ini..




Gambar nie masa kursus asas pertama bagi ambilan PT/PO di Perkhidmatan Awam 





Bersama officemate..baru 2 minggu masuk kerja dah berpeluang join team building di Langkawi, Kedah




Di majlis perasmian hari Autisme 2014 di PICC, Putrajaya



Geng Senamtari












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...